3/10/2004. Mesyuarat Pertama Pembangunan Kandungan Program e-Desa Kundasang Kota Kinabalu : Jawatankuasa Kecil Pembangunan Kandungan telah dibentuk untuk memain peranan utama dalam merancang dalam penyediaan satu platform komunikasi untuk komuniti sasaran iaitu para petani di Kampung Bundu Tuhan mengakses maklumat sumber maklumat yang berkaitan dengan pertanian, alam sekitar, kesihatan, pasaran dan perkhidmatan kerajaan secara online.
3/2/2004. Lawatan Rasmi ke Kampung Bayangan Keningau : Rombongan Y.B. Datuk Dr. Maximus Ongkili, J.P., Penasihat Sains dan Teknologi kepada Ketua Menteri selaku Pengerusi kepada Jawatankuasa Pemandu Program e-Desa Kundasang telah membuat lawatan rasmi ke Kampung Bayangan, Keningau.
2/18/2004. Lawatan ke Ladang Organik Semulajadi Bundu Tuhan : Sebahagian ahli-ahli Jawatankuasa Program e-Desa Kundasang telah mengadakan satu lawatan sambil belajar ke ladang organik semulajadi Encik Low Siew Wah di kampung Bundu Tuhan.
1/29/2004. Lawatan ke Tapak Perintis Program e-Desa Kundasang Bundu Tuhan : Rombongan Jawatankuasa Pemandu Program e-Desa Kundasang yang diketuai oleh Y.B. Datuk Maximus Ongkili, J.P., Penasihat Sains dan Teknologi kepada Ketua Menteri selaku Pengerusi kepada Jawatankuasa tersebut telah membuat lawatan rasmi ke tapak perintis Program e-Desa Kundasang di Kampung Sokit, Bundu Tuhan.
Pentadbir dan Operator laman web ini tidak akan bertanggungjawab terhadap
sebarang kerosakan atau kerugian yang dialami disebabkan penggunaan sebarang maklumat yang terdapat di dalam laman web ini.