6/30/2005. Sesi Diskusi Pengurusan Pusat e-Desa Siri Pertama Sesi ini telah dihadiri oleh beberapa ahli JKKK dan Komuniti e-Desa yang diadakan di Pusat e-Desa. Sesi ini adalah dianjurkan bersama oleh pihak Unit Kemajuan IT Negeri, Pejabat Daerah Ranau dan JKKK Bundu Tuhan.
6/17/2005. Latihan Cara Menyedia Rekod Ladang (SALM) Di bawah Program Pembangunan Komuniti, Jabatan Pertanian Sabah telah mengadakan Latihan Cara Menyedia Rekod Ladang kepada 13 orang peserta e-Desa bertempat di Dewan Serbaguna Kampung Sokid, Bundu Tuhan. Antara objektif utama latihan tersebut adalah memperolehi pengetahuan tentang kepentingan rekod ladang seterusnya dapat mengamalkan penggunaannya dan pelaksanaan Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM).
3/8/2005. Susulan Kesedaran Komuniti Program e-Desa Kundasang Siri-II Bundu Tuhan: Satu lawatan susulan ke kebun peserta Program e-Desa Kundasang telah diadakan di Bundu Tuhan yang bertujuan antara lainnya untuk memastikan supaya program tersebut dapat diimplementasikan dengan lebih efektif. Antara komponen utama susulan tersebut ialah lawatan ke kebun Mr. Chua dan kebun para peserta siri ke-2 program tersebut. Lawatan ini bertujuan untuk mendedahkan para petani kepada kemahiran dan pengetahuan dalam pertanian organik moden. Para peserta juga berpeluang bertukar-tukar idea dan memupuk semangat gotong-royong.
3/7/2005. Lawatan Y.B. Datuk Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah dan Rombongan Ke Pusat e-Desa Kundasang, Bundu Tuhan Bundu Tuhan: Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Y.B. Datuk KY Mustafa telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat e-Desa Kundasang, Bundu Tuhan bertujuan antara lainnya untuk meninjau perkembangan terbaru projek tersebut.
10/12/2004. Majlis Pecah Tanah Pembinaan Pusat e-Desa Kundasang dan Pelancaran Laman Web Program e-Desa Kundasang, di Kg Sokid, Bundu Tuhan, Bundu Tuhan : Majlis Pecah Tanah Pembinaan Pusat e-Desa Kundasang dan Pelancaran Laman Web Program e-Desa Kundasang telah diadakan di Dewan Serbaguna Kg Sokid, Bundu Tuhan. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat, Datuk Seri Musa Hj. Aman, Ketua Menteri Sabah.
Pentadbir dan Operator laman web ini tidak akan bertanggungjawab terhadap
sebarang kerosakan atau kerugian yang dialami disebabkan penggunaan sebarang maklumat yang terdapat di dalam laman web ini.