2/6/2007. PENYAMPIAN SIJIL LATIHAN ICT Pusat e-Desa Sabtu 20 Januari 2007: Majlis penyampian sijil latihan ICT yang disempurnakan oleh YB. Dr. Joachim Gunsalam ADUN N29 Kundasang telah diadakan di ruang terbuka Pusat e-Desa Bundu Tuhan. Terdahulu dalam ucapan alu-aluannya, Pengurus Pusat e-Desa merakamkan penghargaan kepada Unit kemajuan IT Negeri, Kementerian Pembangunan Sumber & Teknologi Maklumat dan Advanced Business Consultants Sdn. Bhd. kerana mengajurkan kursus ini yang mana sasaran utamanya ialah para petani, pelajar dan penduduk kg. Bundu Tuhan.Sementara itu YB. Dr. Joachim dalam ucapan perasmiannya menggesa para peserta agar berusaha menggunakan kemahiran yang diperolehi dengan sebaik-baiknya dan berharap kemudahan ICT di Pusat e-Desa dimanafaatkan sepenuhnya.Majlis yang ringkas tetapi penuh bermakna ini menyaksikan seramai 51 peserta latihan ICT menerima sijil masing-masing dari YB. Dr. Joachim Gunsalam.
8/1/2005. Pusat e-Desa telah dibuka pada 1 Ogos 2005 Pusat e-Desa telah dibuka kepada komuniti dan pengguna pada 1 Ogos 2005. Pusat akan beroperasi setipa hari Isnin - Jumaat (2.30pm - 6.30pm), sabtu dan kelepasan am (9.00am - 6.00pm) dan Ahad (11.00am - 6.00pm). Antara perkhidmatan yang boleh didapati di Pusat ini adalah Internet, Email, Scanning dan Printing, Latihan ICT, Kemudahan Bilik Mesyuarat dan Seminar, dan lain-lain. Untuk mendapat maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus Pusat di talian 0198617107.
7/14/2005. Latihan Asas Komputer Susulan Latihan komputer ini adalah susulan kepada latihan diberikan kepada e-Desa komuniti kumpulan 1 sebelum ini. Latihan telah diadakan di Makmal Komputer Pusat e-Desa, Kg. Sokid Bundu Tuhan.
Pentadbir dan Operator laman web ini tidak akan bertanggungjawab terhadap
sebarang kerosakan atau kerugian yang dialami disebabkan penggunaan sebarang maklumat yang terdapat di dalam laman web ini.