Kata-kata Aluan
Encik Johnny Ghani, Pengerusi
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Bundu Tuhan (JKKK)
Saya bagi pihak masyarakat Kampung Bundu Tuhan secara keseluruhannya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jawatankuasa Program e-Desa Kundasang atas usaha mereka semua untuk mengadakan program e-Desa kundasang ini terutama sekali kampung ini telah dipilih sebagai tapak perintis bagi program ini.
Terlebih dahulu kami mengucapkan selamat datang ke Laman Web e-Desa Kundasang dengan harapan agar pelawat-pelawat yang tidak kira berasal dari Malaysia atau luar negara dapat mengenali masyarakat kami dengan lebih dekat lagi, dan kampung Bundu Tuhan yang juga dikenali sebagai salah satu kawasan pengeluaran tanaman sayuran tanah tinggi yang terbesar di Sabah.
Kami yakin dengan kemudahan IT yang disediakan di Pusat e-Desa sudah tentu dapat memberi peluang bukan sahaja kepada petani-petani, bahkan kepada masyarakat dan pelajar-pelajar tempatan juga dapat mempelajari penggunaan ICT. Melalui laman web ini juga, segala maklumat-maklumat terkini boleh didapati secara pantas yang mana mampu memenuhi kehendak petani-petani dan masyarakat tempatan di sini.
Di sini, kami dengan hati yang terbuka mengalu-galukan sebarang cadangan atau komen daripada masyarakat umum ke arah memantapkan pelaksanaan, pengurusan dan operasi program e-Desa Kundasang di kampung Bundu Tuhan ini.
Akhir kata, saya bagi pihak masyarakat Kampung Bundu akan memberi kerjasama and sokongan yang sepenuhnya kepada pihak-pihak yang menglaksanakan program ini dan kami akan bersedia menyertai dalam semua program yang dianjurkan demi menjayakan lagi program e-Desa Kundasang ini.
Terima Kasih.
Kembali ke laman sebelumnya.
|