Rabu, 19 Disember 2018 
 Nama Login :
 Kata Laluan :

Anda boleh mendaftar di sini!
 
menu2
Laman Utama
Kata-kata Aluan
Program e-Desa
Bundu Tuhan
Ahli Jawatankuasa
Bancian
Berita
Galeri Foto
Sumber Bahan
Kalendar
Tanaman
Bantuan Kewangan
Alam Sekitar
Harga Pasaran
Pautan
Hubungi Kami
Forum
   
Bidang pertanian khususnya tanaman sayur-sayuran tanah tinggi mampu menghasilkan pendapatan yang lumayan jika diusahakan secara komersil?
Sangat tidak setuju
Setuju
Amat bersetuju
Paparkan Hasil Bancian!
 
 
 
      December 2018  
S M T W T F S
            1
2 3 4 5 6 7 8
9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31          
   n  Tarikh dengan acara
 
Kata-kata Aluan

Tuan Hj. Amri A. Hj. Suratman
Pegawai Daerah Ranau

Program e-Desa Kundasang yang diwujudkan di kawasan Kundasang ini adalah satu langkah inisiatif yang tepat pada masanya. Lebih-lebih lagi, pendapatan utama di kawasan Kundasang ini adalah daripada hasil-hasil tanaman sayur-sayuran. Kebanyakkan penduduk-penduduk di Kundasang khususnya di Bundu Tuhan adalah menceburi dalam aktiviti pertanian di mana mereka adalah kekurangan kemahiran ICT.

Sebagai menyahut cabaran dunia teknologi maklumat ini, program e-Desa Kundasang dikenalkan di Bundu Tuhan agar petani-petani juga tidak akan ketinggalan dalam mendapatkan maklumat-maklumat yang terkini melalui penggunaan ICT. Sehubungan dengan ini, petani-petani boleh mendapat informasi yang berkaitan dengan teknologi dan pasaran pertanian yang terkini. Petani-petani juga boleh memperbaiki cara pertanian mereka yang digunakan pada masa kini.

Pelaksanaan program e-Desa Kundasang di Bundu Tuhan ini dapat memperluaskan lagi pemasaran hasil-hasil tanaman petani di mana maklumat-maklumat yang tersedia di laman web e-Desa Kundasang boleh menggalakkan lebih ramai lagi peniaga-peniaga yang berminat untuk membeli hasil tanaman mereka.

Saya berseru kepada petani-petani dan masyarakat tempatan di Bundu Tuhan supaya mengambil peluang keemasan ini untuk memberi sokongan sepenuhnya dalam pelaksanaan program e-Desa Kundasang ini.

Saya juga berharap program sebegini akan dapat dicontohi oleh pihak lain agar dapat dilaksanakan di semua kampung-kampung khususnya di Kundasang terutamanya untuk komuniti yang tinggal di luar Bandar bagi memberikan peluang kepada mereka untuk meningkatkan lagi taraf hidup.

Sekian dan Terima Kasih

Kembali ke laman sebelumnya.

 
© 2004 Program e-Desa
  Pentadbir dan Operator laman web ini tidak akan bertanggungjawab terhadap
sebarang kerosakan atau kerugian yang dialami disebabkan penggunaan sebarang maklumat yang terdapat di dalam laman web ini.