Kata-kata Aluan
Ybhg. Datuk Tham Nyip Shen
Penasihat Sains dan Teknologi Kepada Y.A.B. Ketua Menteri Sabah
Selaku Pengerusi Kepada Jawatankuasa Pemandu Program e-Desa Kundasang
Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih dan syabas kepada semua ahli Jawatankuasa e-Desa Kundasang atas usaha, dorongan dan komitmen semua di atas kewujudan dan pelancaran program e-Desa Kundasang di Kampung Bundu Tuhan ini. Peranan yang dimainkan oleh semua pihak yang terlibat dalam program ini adalah amat dihargai.
Dengan kewujudan program ini sememangnya tepat pada masanya yang sejajar dengan matlamat rangkakerja nasional Bridging the Digital Divide (BDD) yang merancang untuk merapatkan jurang digital di antara kaya maklumat (information-rich) dan kurang maklumat (information-poor).
Program bertujuan juga meningkatkan produktiviti pengeluaran hasil pertanian di kawasan Kundasang yang bermutu tinggi serta bebas daripada penggunaan bahan-bahan input kimia yang berlebihan.
Saya amat yakin dan percaya program ini dapat meningkatkan skil ICT yang asas di kalangan petani dengan harapan meningkatkan kualiti hidup mereka dengan mengintegrasikan penggunaan maklumat dan perkhidmatan yang berteraskan ICT.
Sehubungan itu, saya mengharapkan program ini dapat memberi banyak faedah bukan sahaja kepada kepada para petani, malah kepada pelajar-pelajar dan masyarakat tempatan yang lain.
Di sini saya menyeru dan berharap para petani mengambil peluang daripada kemudahan Pusat e-Desa dan perkhidmatan yang disediakan di laman web program ini, untuk mengakses bukan sahaja informasi-informasi pertanian semasa dan malah juga berkomunikasi dengan agensi-agensi kerajaan dan dunia luar dengan mudah dan cepat.
Akhir kata, saya mengharapkan program ini akan menjadi contoh kepada kampung-kampung lain di seluruh Malaysia, dan juga akan dikenali di peringkat antarabangsa.
Terima kasih.
Kembali ke laman sebelumnya.
|